Testing Offer

Friday, December 19, 2014

Limited Edition

                                                                              LIMITED EDITION
                                                      WS 0123807920 untuk harga terkini



ASALKAN DIA BAHAGIA
Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira. 
Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila bahagia yang dia ada seakan tiba-tiba 
ditarik pergi.
Payahnya menjadi seorang Haris Aryan apabila setiap kebaikannya sering disalah erti.
Payahnya menjadi seorang Ikmal Reza apabila setiap yang dia mahu tak pernah mampu 
dimiliki.
Lebih payah lagi apabila cinta yang wujud di hati, harus disimpan sendiri.
LANGIT BIRU YANG SAMA
Peliknya cinta bila kita sendiri tidak tahu bagaimana ia boleh tiba-tiba ada.
Sakitnya rasa apabila kita tahu orang yang kita suka sebenarnya tidak layak untuk kita cinta.
Ainun sedar, dia bukan siapa-siapa. Walau Alzam kata ‘kita’ memandang langit yang sama, tapi bumi yang kita pijak ada bezanya.
Tapi, Alzam ada caranya yang tersendiri bagaimana untuk menjadikan Ainun hak miliknya.





Kasih itu cinta
                                                           Harga :  Sila WS 0123807920



                                            




Tajuk : KASIH ITU CINTA

Sinopsis :

Berapakah harga sebuah rasa andai benci boleh ditukar menjadi sebaliknya? Bagi Zarif,

 harganya sangat mahal, tidak ternilai dengan harta duniawi kerana melembutkan hati

seorang Dya, satu kerja yang sangat gila. Dan

 kegilaan itu buat dia hampir hilang punca. Masalahnya, dia memang sudah terjatuh suka.


Hidup bagi seorang Ardyana, tiada makna bahagia, apatah lagi sebuah rasa bernama cinta.

 Yang ada di hati dia hanyalah benci semata-mata. Lelaki di sekelilingnya hanya wujud

untuk merosakkan. Dan apabila Zarif muncul, manusia perosak menjadi semakin

 bertambah. Benar.. dia bencikan  semuanya.


Pun begitu, satu perhitungan membuatkan mereka harus bersatu dalam ijab dan kabul.

Dan, bermulalah sebuah cerita.


“Tinggal dengan awak? Kat kondo awak? Tunggulah bila akal saya dah tak waras lagi.”-

Dya


“Kalau nak, saya boleh saja suntikkan ubat untuk menghilangkan kewarasan awak dan

kalau nak, saya bolehsaja paksa awak mengikut kehendak saya. Tapi... lafaz akad yang

 saya ikrarkan di depan kadi dengan nekad memikul tanggung-jawab sebagai suami tidak

 memungkinkan saya berbuat semua itu.” – Zarif

Mampukah Syed Zarif Hafizi melembutkan hati seorang Ardyana?








                                                              Cinta Bukan Larangan
                                                                       Anita Aruszi
RM32.90






Diaz dan Dina Azura, dua adik beradik yang membesar bersama tetapi tidak pernah sebulu. Ada sahaja yang tidak kena di hati Diaz yang terang-terangan membenci Dina Azura di dalam hidupnya. Sehingga ke satu tahap, dia cuba merogol gadis itu angkara kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya. Namun tindakan itu telah merubah segala-galanya dalam hidup mereka. Kerana kesal dengan tindakannya, dia mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Namun tindakan itu tidak mampu meluputkan setiap dosa yang dirasakannya terhadap Dina Azura.

Sepuluh tahun kemudian, Diaz pulang ke tanahair dan bekerja dengan Alma Katherine, seorang ahli perniagaan berjaya. Namun dia tidak berani berhadapan dengan Dina Azura angkara malam jahanam itu. Tapi takdir menemukan mereka semula untuk menyusun kepingan-kepingan puzzle dalam hidup mereka. Tapi masihkah ada benci di hatinya atau segala-galanya telah berubah?

Bagi Dina Azura, dia tidak pernah membenci Diaz. Malah takkan mungkin membenci lelaki itu. Sejak kecil dia mengagumi Diaz, sehinga adakala dia terseksa kerana dibenci tanpa sebab. Malah seluruh jiwanya terseksa kerana selama ini dia menyimpan rahsia yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa. Isi hatinya takkan mampu diluahkan lantaran dia sedar betapa besar dosanya mencintai abang sendiri.

Perkenalan Dian Azura dengan Johan telah menyemat cemburu di hati Diaz tanpa disedari. Hubungannya dengan Dina Azura adalah sebuah hubungan yang takkan mungkin. Mereka tidak mungkin bercinta. Tidak mungkin bersama-sama. Tidak mungkin untuk segala-galanya. Tidak mungkin untuk selama-lamanya. Kerana itu Diaz menahan diri. Dan bila Johan hadir di antara mereka, segala-galanya yang tidak mungkin itu bukan lagi satu halangan. Diaz nekad mahu membetulkan segala-galanya. Tapi rahsia yang disimpannya selama 15 tahun itu hanya akan melukakan hati ramai orang. Bolehlah dia menjaga hati ramai orang dan membiarkan hatinya sendiri dilukai? Mampukah lagi dia menyimpan rahsia ini dari pengetahuan Dina Azura sedangkan gadis itulah yang paling mahu dilindunginya?

Abang jangan judge orang dengan hanya memandang luaran sahaja. Sekurang-kurangnya Johan sanggup pertahankan maruah adiknya dari lelaki-lelaki tak guna tu. Dia seorang abang yang baik – DINA AZURA

Johan baik? Jadi abang lelaki jahat? – DIAZ HAFIZI

Saya cuma nak awak pilih antara saya dan Diaz. Dan berhenti menyakiti hati saya seperti ini Dina – JOHAN



No comments:

Post a Comment