Testing Offer

Saturday, October 17, 2015

SELIMUT MALAM
LIMITED EDITION

RM150 inc poslaju Semenanjung
RM160 inc Poslaju Sabah dan Sarawak
Singapore dan Brunei RM200 inc Shipping
HURRY before stock last!

Friday, December 19, 2014

Limited Edition

                                                                              LIMITED EDITION
                                                      WS 0123807920 untuk harga terkini



ASALKAN DIA BAHAGIA
Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira. 
Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila bahagia yang dia ada seakan tiba-tiba 
ditarik pergi.
Payahnya menjadi seorang Haris Aryan apabila setiap kebaikannya sering disalah erti.
Payahnya menjadi seorang Ikmal Reza apabila setiap yang dia mahu tak pernah mampu 
dimiliki.
Lebih payah lagi apabila cinta yang wujud di hati, harus disimpan sendiri.
LANGIT BIRU YANG SAMA
Peliknya cinta bila kita sendiri tidak tahu bagaimana ia boleh tiba-tiba ada.
Sakitnya rasa apabila kita tahu orang yang kita suka sebenarnya tidak layak untuk kita cinta.
Ainun sedar, dia bukan siapa-siapa. Walau Alzam kata ‘kita’ memandang langit yang sama, tapi bumi yang kita pijak ada bezanya.
Tapi, Alzam ada caranya yang tersendiri bagaimana untuk menjadikan Ainun hak miliknya.





Kasih itu cinta
                                                           Harga :  Sila WS 0123807920



                                            




Tajuk : KASIH ITU CINTA

Sinopsis :

Berapakah harga sebuah rasa andai benci boleh ditukar menjadi sebaliknya? Bagi Zarif,

 harganya sangat mahal, tidak ternilai dengan harta duniawi kerana melembutkan hati

seorang Dya, satu kerja yang sangat gila. Dan

 kegilaan itu buat dia hampir hilang punca. Masalahnya, dia memang sudah terjatuh suka.


Hidup bagi seorang Ardyana, tiada makna bahagia, apatah lagi sebuah rasa bernama cinta.

 Yang ada di hati dia hanyalah benci semata-mata. Lelaki di sekelilingnya hanya wujud

untuk merosakkan. Dan apabila Zarif muncul, manusia perosak menjadi semakin

 bertambah. Benar.. dia bencikan  semuanya.


Pun begitu, satu perhitungan membuatkan mereka harus bersatu dalam ijab dan kabul.

Dan, bermulalah sebuah cerita.


“Tinggal dengan awak? Kat kondo awak? Tunggulah bila akal saya dah tak waras lagi.”-

Dya


“Kalau nak, saya boleh saja suntikkan ubat untuk menghilangkan kewarasan awak dan

kalau nak, saya bolehsaja paksa awak mengikut kehendak saya. Tapi... lafaz akad yang

 saya ikrarkan di depan kadi dengan nekad memikul tanggung-jawab sebagai suami tidak

 memungkinkan saya berbuat semua itu.” – Zarif

Mampukah Syed Zarif Hafizi melembutkan hati seorang Ardyana?








                                                              Cinta Bukan Larangan
                                                                       Anita Aruszi
RM32.90






Diaz dan Dina Azura, dua adik beradik yang membesar bersama tetapi tidak pernah sebulu. Ada sahaja yang tidak kena di hati Diaz yang terang-terangan membenci Dina Azura di dalam hidupnya. Sehingga ke satu tahap, dia cuba merogol gadis itu angkara kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya. Namun tindakan itu telah merubah segala-galanya dalam hidup mereka. Kerana kesal dengan tindakannya, dia mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Namun tindakan itu tidak mampu meluputkan setiap dosa yang dirasakannya terhadap Dina Azura.

Sepuluh tahun kemudian, Diaz pulang ke tanahair dan bekerja dengan Alma Katherine, seorang ahli perniagaan berjaya. Namun dia tidak berani berhadapan dengan Dina Azura angkara malam jahanam itu. Tapi takdir menemukan mereka semula untuk menyusun kepingan-kepingan puzzle dalam hidup mereka. Tapi masihkah ada benci di hatinya atau segala-galanya telah berubah?

Bagi Dina Azura, dia tidak pernah membenci Diaz. Malah takkan mungkin membenci lelaki itu. Sejak kecil dia mengagumi Diaz, sehinga adakala dia terseksa kerana dibenci tanpa sebab. Malah seluruh jiwanya terseksa kerana selama ini dia menyimpan rahsia yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa. Isi hatinya takkan mampu diluahkan lantaran dia sedar betapa besar dosanya mencintai abang sendiri.

Perkenalan Dian Azura dengan Johan telah menyemat cemburu di hati Diaz tanpa disedari. Hubungannya dengan Dina Azura adalah sebuah hubungan yang takkan mungkin. Mereka tidak mungkin bercinta. Tidak mungkin bersama-sama. Tidak mungkin untuk segala-galanya. Tidak mungkin untuk selama-lamanya. Kerana itu Diaz menahan diri. Dan bila Johan hadir di antara mereka, segala-galanya yang tidak mungkin itu bukan lagi satu halangan. Diaz nekad mahu membetulkan segala-galanya. Tapi rahsia yang disimpannya selama 15 tahun itu hanya akan melukakan hati ramai orang. Bolehlah dia menjaga hati ramai orang dan membiarkan hatinya sendiri dilukai? Mampukah lagi dia menyimpan rahsia ini dari pengetahuan Dina Azura sedangkan gadis itulah yang paling mahu dilindunginya?

Abang jangan judge orang dengan hanya memandang luaran sahaja. Sekurang-kurangnya Johan sanggup pertahankan maruah adiknya dari lelaki-lelaki tak guna tu. Dia seorang abang yang baik – DINA AZURA

Johan baik? Jadi abang lelaki jahat? – DIAZ HAFIZI

Saya cuma nak awak pilih antara saya dan Diaz. Dan berhenti menyakiti hati saya seperti ini Dina – JOHAN



Penerbitan Syarikat Baru~

DI DEPAN MATA


DI DEPAN MATA
RM23poslaju
semenanjung RM6
poslaju
SS RM10


Nia - Menyintai Rayyan, sepupu yang dikenali sejak kecil merupakan satu perasaan yang indah. Sejak bila perasaan itu wujud, dia sendiri tidak sedar kerana sejak kecil hatinya sudah diberikan kepada pemuda itu. Namun, sayangnya Rayyan tidak pernah mengerti apa yang dia rasa. Pemuda itu seakan cuba menjauhi dirinya.Rayyan – Nia bukanlah sesiapa dalam hatinya melainkan hanya seorang sepupu sahaja. Tidak pernah dia menganggap gadis itu lebih dari seorang sepupu walaupun dia tahu isi hati Nia. Namun, dia berpura-pura tidak mengerti. Dia berpura-pura tidak mengambil tahu apa yang ada dalam hati Nia.“Tolong jangan jatuh cinta dengan saya kerana saya tak mahu kamu terluka,”~Rayyan.“Rasa ini adalah perasaan Nia. Abang tak boleh halang apa yang Nia rasa,”~NiaKehadiran Juwita, bekas kekasih Rayyan membuatkan Nia semakin terluka. Lantaran itu, dia berhasrat untuk mengundur diri apatah lagi Rayyan turut menyimpan perasaan terhadap Juwita. Dia rela berkorban demi kebahagiaan Rayyan. Pada Anaqi, sahabat Rayyan menjadi tempat dia meluahkan rasa kecewa.Kemesraan Nia dan Anaqi membuatkan Rayyan cemburu. Saat itu baru dia sedar akan perasaan dia yang sebenarnya. Namun, tatkala dia ingin memperbetulkan keadaan, sesuatu terjadi kepada Nia. Sesuatu yang menjadi rahsia dalam diri Nia. Sesuatu yang amat di kesalkan oleh Rayyan.“Nia, please don’t go,”~Rayyan“I’m sorry. It’s too late, abang,”~NiaSaat cinta itu hadir, Nia terpaksa melangkah pergi. Di sebalik rahsia yang disimpan kemas, ada insan yang masih menyimpan dendam. Antara cinta dan dendam…salah satu harus berkorban.Mampukah Nia menerima Rayyan saat keadaan tidak mengizinkan mereka bersama? Terlewatkah Rayyan dalam merebut semula cinta Nia?Nak tahu apa jadi pd cinta Rayyan-Nia...jangan lupa dapatkan buku ni nanti ya...







HATIKU DICURI LANUN


Hatiku Dicuri Lanun
RM25 semenannjung
RM28 Sabah Sarawak 

** tak termasuk poslaju

HATIKU DICURI LANUN

dlm Kompilasi Hatiku Dicuri Lanun
“Memang saya tak ingat apa-apa, sir. Selalunya macam tu la. Bila saya bangun, saya tak tau apa yang dah berlaku.” Danika bercakap seolah-olah perkara tu sesuatu yang biasa dibualkan antara dia dengan Dr Ryan.
Eh? Dia tau ke apa yang berlaku? Riak muka Danika berubah. Daripada biasa-biasa bertukar curiga. “Er...sir ingat apa yang berlaku?” Soalan lurus Danika membuatkan air muka Dr Ryan berubah.
Eh? Is he...blushing? Danika mencerunkan pandangan mata. Suasana agak suram kat situ buat dia ragu-ragu dengan apa yang dilihatnya.
Dr Ryan lekas berpaling ke arah lain. Cemana lah dia boleh blushing dengar pertanyaan sengal pelajar itu. Wajahnya kembali serius. Dia tak akan kalah dengan perasaan sendiri.
“Never mind,” tuturnya perlahan sebelum berpaling ke arah bilik pejabatnya.

Skypirate by Izza Hani
“Luke...tak kelakar.” Mireya cuba gelak. Namun tekaknya sudah kering. Dia tidak boleh tergelak langsung.
“Reya, aku serius mahu melamar kau. Kalau kau menolak, aku akan kejar kau hingga ke lubang cacing.” Wajah Luke serius.
Mireya yakin yang Luke tidak main-main. Dia kenal akan rupa wajah itu. Luke tidak akan menerima jawapan ‘tidak’. Mireya semakin gundah.
“Sama ada aku atau Putera Ziyad. Kau pilih.”
Dahi Mireya berkerut seketika. “Putera Ziyad?” Dia mengulangi nama bakal pemerintah Kerajaan Amaranth yang akan menaiki tahkta menggantikan ayahandanya kelak.
Tubuh Mireya seakan-akan tidak bermaya. Dia memegang kejap pada palang kristal di sisinya; mengharapkan sokongan. Inilah harga suaka politik yang perlu dibayar olehnya. Tiada apa yang percuma. Bagi menjamin suaka itu tidak dicabar, Mireya terpaksa membuat pilihan. Antara Luke Haniff dengan Putera Ziyad, siapakah yang dipilih olehnya?
“Atau kau sememangnya memilih Zander?”

Butterfly-X olh Fara H
“Game over Senti...” Tiba-tiba Airis terkaku. Matanya bulat merenung lelaki yang turut sama tergamam memandangnya. Wajah itu...
“Riri?” seru lelaki itu perlahan.
Jantung Airis berdetak laju. Riri. Nama yang sudah lama tidak didengarnya. Sebaris nama itu pernah menjadi miliknya satu ketika dahulu. Hanya mereka yang rapat dengan dirinya sahaja yang memanggilnya dengan nama itu. Mama, papa dan Kyrian. Namun nama itu sudah terkubur bersama jasad ibu dah ayahnya.
“Ini Riri, bukan?” tanya Kyrian sekali lagi sambil bangun.
“Berhenti!” arah Airis bila dilihat Kyrian cuba mendekati dirinya.
“Riri? Ini Kyr. Riri dah lupa? Mana Riri pergi selama ini? Kenapa Riri tinggalkan Stonehaven?” tanya Kyrian bertalu-talu.
“Aku bukan Riri!”

Hessa My Roses

“Awal balik hari ni?” tegurnya mesra.
Mesra? Hessa rasa goosebumps seluruh tubuh. Kenapa tiba-tiba mood Razien berubah mendadak? Ada sesuatu yang berlaku ke antara mereka malam tadi? Masa dia tidur tak sedarkan diri? Hmm...boleh pula Hessa tidur lena, kan? Melampau!
“Maafkan aku...pasal malam tadi.”
Rahang Hessa rasa nak jatuh cecah tanah. Razien minta maaf? Hilang akal ke apa ni?
Grrrrr! Terus mood Hessa berubah garang bila terkenang kisah malam tadi. Dia tak boleh biarkan permainan tuan kucing dengan tikus berterusan. Hessa ada misi penting. Tak ada masa nak layan perkara lain selain dari tu.
Hessa pandang muka Razien. Terpaksa dongak sikit sebab Razien tinggi.
“Cut all this crap. Aku akan tetap bayar hutang orang tua tu sama ada kau nak terima atau tak. Mulai saat ini, antara kita dah tak ada apa-apa hutang.” Hessa angkat tangan kiri, tunjuk kat tempat gelang yang dah kosong.
“Selamat tinggal, mejar!”






KALAU DAH JODOH



Tajuk: Kalau Dah Jodoh
ISBN: 9-789-671-22953-8
M/surat: 631 halaman

Harga (TIDAK termasuk poslaju):

RM22.00 Semenanjung MalaysiaRM25.00 Sabah / Sarawak
KEKASIHNYA SUAMI ORANG?!
Nak pengsan Jujen rasa bila isteri Azmunir sendiri datang menyerangnya di butik. Marah Jujen menyala-nyala kerana ditipu hidup-hidup oleh Azmunir. Punah impiannya nak bersanding pada hujung tahun nanti.
Risaukan Jujen yang masih merindui Azmunir, emak Jujen berkomplot dengan Azita dan Nuha. Nuha memperkenalkan kawannya kepada Jujen tetapi lelaki itu tak stabil. Azita pula memperkenalkan rakan suaminya. Malangnya, lelaki itu bermasalah. Selepas itu, Azmunir datang balik tetapi dengan niat tak baik.
Jejaka yang Jujen temui di Kanada, berusaha meraih cinta Jujen. Tetapi Jujen nak berkahwin dengan lelaki Melayu sahaja. Abah Jujen pun nak Jujen berkahwin dengan lelaki Melayu. Namun, Kalau Dah Jodoh...
Cuma itulah, banyaknya dugaan... hanya Allah sahaja yang tahu!





Assistant Tuan Menteri



Tajuk: Assistant Tuan Menteri
Penerbit: Penerbitan Pena Magis
Penulis: Sera Elya
ISBN: 978-967-13050-0-3
Harga termasuk Pos Laju: RM32.00 (Semenanjung)/RM39.00 (Sabah & Sarawak)



“Saya sedang fikirkan jalan nak damaikan abang-abang kita.”~Mr. Panda
“Apa dia?”~Fina
“Kita kahwin!”~ Mr. Panda
“Awak...kita ni bercinta pun tak pernah...tiba-tiba nak kahwin? Hilang akal ke apa?”~ Fina

Fina dan Mr. Panda ‘kahwin lari’ di Surrey dengan harapan tindakan mereka akan dapat damaikan Adnan dan Rashdan yang berseteru. Bila Mr. Panda ‘kaki sejuk’ tak mampu berterus-terang, Fina merajuk bawa diri. Di Putrajaya mereka bertemu kembali apabila masing-masing jadi Assistant Tuan Menteri. Tika itu, Mr. Panda dikejar Leha. Fina pula diintai Encik Ashraf.

Kerana cemburu dan cinta, Fina dengan Mr. Panda mula main tarik tali. Bila rahsia perkahwinan mereka terbongkar, Leha naik minyak dan berusaha hancurkan rumah tangga Fina dan Mr. Panda.

Encik Ashraf pula tak bermaksud nak menangguk di air keruh, dia ikhlas mahu selamatkan Fina.
“...saya memang nak suruh awak bercerai dengan Izz. Dia bukan lelaki yang sesuai jadi suami awak. Sayalah lelaki yang paling sesuai sebagai suami awak!” ~ Encik Ashraf.

Dan Leha berjanji tak akan lepaskan Mr. Panda hingga ke hujung nyawa.
“Izz...kalau you tak datang...esok you akan jumpa mayat I...I akan tikam diri I sampai terburai isi perut!” ~ Leha.

Rashdan pula tak pernah rela keturunan Adnan jadi adik iparnya.
“Adik...ingat lagi tak pesanan abang...don’t you ever...ever...ever...fall for him!” ~ Rashdan

Berjayakah rancangan Leha mahu memisahkan Fina dan Mr. Panda? Berjayakah Encik Ashraf
selamatkan Fina? Adakah Rashdan akan terima Mr. Panda sebagai adik iparnya? Fina dan Mr. Panda pula kuatkah cinta mereka nak hadapi semua orang?










                                                         Je t'aime monsieur GARDENIA






Je t'aime monsieur GARDENIA
Miz Mikkie 
RM30 (tidak termasuk kos poslaju)
sinopsis 

sinopsis
"Gardenia means admire and secret lover. Kau tahu kenapa Raff suka bunga ni? Sebab bunga ni ibarat dirinya. Dia seorang pencinta dalam diam. Dia mencintai seseorang daam senyap. Dia mencintai kau , Nur Maisarah Alisa. Dengar tak? Raffael Akma cintakan kau. Dia bukan tak nak luahkan sendiri pada kau tapi dia takut kau tak percaya sebab kau selalu meragui kata-katanya. Jadi, dia minta aku jadi orang tengah. Aku nak tengok kau dan abang aku bahagia, Lis. Abang aku dah banyak menderita. Selama ini dunia dia hanya ada dia dan aku. Macam mana dia sayangkan aku, adik dia dia ni, aku tahu dia lebih sayangkan kau, isterinya. Percaya pada dia, Lis. Dia juga manusia yang ingin rasa disayangi tanpa sebarang keraguan. Kalau kau tahu isi hati dia, kau takkan teragak-agak untuk balas cinta dia." ~ Isya" To be frank, I'm not a sweet talker neither the right person to talk about love. But deep inside, kau patut tahu hanya ada nama kau yang tertulis di hati aku. Setiap degupan jantung aku, aku hanya mahu kau di sisi aku, bersama aku tak kira masa. No matter what or who, Mohd Raffael Akma will always love his wife, Nur Maisarah Alisa." ~RaffMendirikan rumah tangga dalam usia yang masih muda bukanlahsesuatu yang mudah untuk diterima oleh Nur Maisarah Alisa. Tambahan pula pada awalnya dia tidak begitu menyenangi sang suami yang pada pandangan matanya sangat sombong dan suka menyakitkan hatinya. Namun dalam rela terpaksa, dia meneruskan juga perkahwinan ini kerana mahu membongkar suatu rahsia yang ahanya orang-orang sekelilingnya sahaja yang tahu. Apakah rahsia itu? Bagaimana pula penerimaan Mai atau Lis setelah mengetahui rahsia itu? Bagaimana pula hubungannya dengan sang suami? Adakah bahagia atau sebaliknya.

Selamat Datang ke Ar Rayyan Bookstore~

            Hai semua!  Selamat datang ke kedai online saya.  Apa yang best tentang kedai saya?  Saya juga adalah peminta novel tegar macam anda.  Jadi sila jangan malu2 untuk bertanya ttg novel yang saya jual.  Kebanyakannya saya dah baca (walau bukan 100% kerana kesuntukan masa.)

           Jadi klau yang tercari2 novel apa yang sesuai dengan anda,  cuma bagi contoh buku apa yang kena dengan jiwa anda dan saya boleh suggestkan.  Nak mudah~ contact saya WS atau sms di 0123807920.  Jangan call please pasal saya mmg tak berkesempatan nak menjawab.

Happy browsing.